Posts

Showing posts from June, 2020

SALAM TAIWAN. FAM TRIP TAIWAN 5-9 JAN 2020.

Image
SALAM TAIWAN.  FAM TRIP TAIWAN 5-9 JAN 2020.  Pembukaan tahun baru dengan Famtrip Taiwan. Jom travel bersama kami,  Almaziah Mobility Travel & Tours Sdn Bhd Taiwan terletak di Asia Timur dan sebelah barat laut Lautan Pasifik. Pulau yang panjang dan sempit ini terdiri daripada pelbagai jenis landskap, ekosistem hutan, pertanian dan marin. Pulau ini bukan sahaja memiliki pemandangan alam semula jadi yang indah tetapi juga rupa wajah kebudayaan berbilang etnik yang mempesonakan.   Daya tarikan Taiwan yang unik menjadikannya sebagai destinasi percutian kegemaran pelancong Malaysia atas sebab variasi tarikan yang ditawarkan. Pada tahun 2014, sebanyak 439,240 warga Malaysia telah melawat pulau ini. Menurut Tsao, Taiwan juga menjadi semakin popular di kalangan pelancong muslim kerana kemudahan untuk  mendapatkan makanan halal dan tempat-tempat yang sesuai untuk bersolat.

PENANG DAY TRIP 12 FEB 2020

Image
PENANG DAY TRIP 12 FEB 2020  Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal ini, menjanjikan begitu banyak destinasi percutian yang pasti tidak akan menghampakan kaki travel.   Seperti juga Bandar Hilir Melaka, Bandar Georgetown juga pernah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, tahun 2008 kerana mempunyai daya tarikan luar biasa umumnya dari 3 aspek utama iaitu makanan kenegeriannya, bangunan lamanya dan juga keseniaan jalanan yang memukau.   ' Tidak hairanlah ramai pelancong luar yang melancong ke Malaysia menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pilihann dalam misi menerokai keindahan budaya, kesenian, flora & fauna dan paling ulung, makanannya. Laksa Penang, Nasi Kandar mahupun pasembur sudah cukup untuk mengangkat Pulau Pinang terkenal di mata dunia. 

HARI KELUARGA 2020 SELERA WAWASAN PULAU LANGKAWI, KEDAH 15 & 16 FEBRUARI 2020

Image
HARI KELUARGA 2020  SELERA WAWASAN  PULAU LANGKAWI, KEDAH 15 & 16 FEBRUARI 2020 Langkawi ialah pulau bebas cukai yang terletak di perairan Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Selain tarikan semulajadi, berbagai acara dan aktiviti dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pulau ini. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti di Langkawi, kata orang, tidak lengkaplah dipanggil warganegara Malaysia walaupun ada MyKad dalam dompet. Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi, hanya aktivi air sahaja yang menarik dilakukan seperti snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sukan air & seumpamanya. Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang boleh dilakukan. Tarikan pelancong di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik & juga di darat. Pendek cerita, sama ada pelancong ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau

PRIVATE TOUR BALI 4D3N 27-31 JAN 2020

Image
PRIVATE TOUR BALI 4D3N   27-31 JAN 2020 Bila sebut perkataan Bali, pasti terbayang keindahan pulau yang tiada tandingannya. Bali adalah salah satu pulau pelancongan yang paling menggembirakan dan popular di seluruh kepulauan Indonesia. Lawatan di sini merangsang pancaindera. Pulau ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, dengan tarikan untuk setiap jenis pelancong.    Budayanya yang sangat unik. Pantainya yang cantik. Laut yang membiru. Kawasan perkampungan dengan sawah padi yang indah. Ditambah dengan nilai mata wang Indonesia yang lagi rendah dari Ringgit Malaysia, Bali sememangnya destinasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.