PENANG DAY TRIP
12 FEB 2020
Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal ini, menjanjikan begitu banyak destinasi percutian yang pasti tidak akan menghampakan kaki travel.
Seperti juga Bandar Hilir Melaka, Bandar Georgetown juga pernah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, tahun 2008 kerana mempunyai daya tarikan luar biasa umumnya dari 3 aspek utama iaitu makanan kenegeriannya, bangunan lamanya dan juga keseniaan jalanan yang memukau.

'
Tidak hairanlah ramai pelancong luar yang melancong ke Malaysia menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pilihann dalam misi menerokai keindahan budaya, kesenian, flora & fauna dan paling ulung, makanannya. Laksa Penang, Nasi Kandar mahupun pasembur sudah cukup untuk mengangkat Pulau Pinang terkenal di mata dunia.
Comments
Post a Comment