HARI KELUARGA 2020 SELERA WAWASAN PULAU LANGKAWI, KEDAH 15 & 16 FEBRUARI 2020
HARI KELUARGA 2020 SELERA WAWASAN
PULAU LANGKAWI, KEDAH
15 & 16 FEBRUARI 2020
Langkawi ialah pulau bebas cukai yang terletak di perairan Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Selain tarikan semulajadi, berbagai acara dan aktiviti dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pulau ini. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti di Langkawi, kata orang, tidak lengkaplah dipanggil warganegara Malaysia walaupun ada MyKad dalam dompet.
Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi, hanya aktivi air sahaja yang menarik dilakukan seperti snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sukan air & seumpamanya. Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang boleh dilakukan. Tarikan pelancong di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik & juga di darat. Pendek cerita, sama ada pelancong ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk segenap usia.
Comments
Post a Comment